Aku, Makcik dan Politik episode 2

Posted by Ironhide | Monday, December 21, 2009

ok sambung cite semalam...

pada hari yang berikutnya di lokasi dan masa yang lebih kurang sama gak..

lps srpn tu tetiba aku nampak makcik tu datang, aku pn ape lg cpt2 la nak bla sbb aku tgk semacam je makcik tu. bawa moto pastu pakai safety helmet, x ke pelik tu siap gantung pas ape ntah lagi..

masa aku nak bla tu ade la mamat ni bgtau aku dia kata makcik tu ade lesen.. lesen?? lesen ape plak? rupanya makcik tu ade lesen dari tanjung rambutan... patut la...hehehe

Aku, Makcik dan Politik

Posted by Ironhide | Sunday, December 20, 2009

masa kejadian: pagi
tempat kejadian: kedai makan

seperti biasa la pagi2 mesti la g sarapan.. ngan sape? mesti la ngan kontraktor.. hehe tengah aku syok2 makan tu tetiba ade sorg makcik ni datang.. aku pn wat x tau je la sbb dia cite ngan kontraktor tu... aku wat x tau je la pas2 makcik ni tanya aku, dia kata dia nak tanah dari site aku, aku pn kate la " bukan x nak bagi tapi kat atas tanah tu ade setinggan x keluar lagi kalau korek tanah tu nnt runtuh plak umh diorg" aku harap ngan penjelasan aku tu makcik tu boleh la faham...

lepas tu makcik tu pn cakap " xpe2 tanah ade setinggan x yah la amik.. ni semua salah kerajaan dulu.. bla..bla... anwar.. bla.. bla..." hek eleh ape benda la makcik ni tadi dtg nak minta tanah pas2 cite politik plak.. hampeh btl aku rasa nak sekeh je makcik tu... tapi nak salahkan dia pun x boleh sbb banyak sgt kot politikus bg ceramah sampai dia pn pening... huhu

cite ni ade skit lg sambungan tapi sok je la aku tulis... hehe

Template

Posted by Ironhide | Sunday, December 20, 2009

masuk kali ni x tau la dah bape kali aku tuka template aku ni.. mungkin ni last la kot tu pn kalau aku x jumpa yg lawa2... ok jom cek out post terbaru aku.. hehe

chapter 5: i have no doubt about it

Posted by Ironhide | Sunday, December 20, 2009

lama gak aku x update blog ni. bz skit la akhir2 ni bos aku betul gunakan aku.. huhu

kalau tgk tajuk kat atas tu cam best je... hehehe sebenarnya xde ape pn tu cuma pujian seorang lecture masa aku amik etr... x byk pn cite sem ni sbb aku amik 1 subjek je sem pendek la katakan..

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Posted by Ironhide | Tuesday, December 01, 2009

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.
Kerja kerajaan,com